Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Easy to use theme’s admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Featured posts

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it ...

Hello, I am Vk bhardwaj and i do awsome Blogger Template Designs for your blog, download templates at Www.BestTheme.Net. Thanks A Lot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tajuk Hari Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Islamic Widget


Archive for November 2010

MAHDI tidak akan sedar bahawa dia adalah imam dinanti-nanti umat akhir zaman. Kita pula hanya akan sedar siapa al-Mahdi apabila al-Mahdi mengesahkan seorang lelaki yang tenang itu adalah al-Masih. Kita hanya akan tahu siapa al-Mahdi apabila sesudah kesahihan kepulangan Isa disahkannya. Waktu itu, kemunculan kedua-dua mereka (al-Mahdi dan al-Masih) berlaku secara serentak dari kaca mata kita.

Ketika najis-najis (pengasas ajaran sesat) sedang sibuk mencanang diri sebagai al-Mahdi (palsu) kepada pengikut mereka, al-Mahdi yang sebenar pula sedang sibuk menubuhkan kesatuan yang kukuh di kalangan umat Islam. Pada ketika sedang sibuk menyatupadukan umat Islam, al-Mahdi tidak pernah tahu bahawa dia adalah al-Mahdi yang diutus Allah. Tidak salah jika kita andaikan, Nabi Isa adalah orang yang akan mengumumkan bahawa pemimpin itu adalah al-Mahdi yang diutus Allah untuk bersama dalam misi akhirnya, al-Masih akan mengesahkan kepada kita bahawa orang itu adalah al-Mahdi sebagaimana al-Mahdi mengesahkan orang itu sebagai Isa.

Perkara itu berlaku mungkin selepas Isa menunjukkan mukjizatnya kepada seluruh dunia, mukjizat ditunjukkan kepada dunia kerana misi Isa kali ini bukan untuk Bani Israel semata-mata seperti ribuan tahun dahulu, tetapi misi kali ini untuk seluruh dunia. Jika dahulu, mukjizat ditunjukkan kepada Bani Israel kerana itu kaum Isa, tetapi kali ini misinya sangat besar meliputi umat manusia dan umat jin.

read more




“…and if you listen very hard, the tune will come to you at last..” – Jimmy Page, Stairway to Heaven, Led Zeppelin. (Jimmy Page memberitahu kita sesuatu).

Siapa kata tiada penyembahan syaitan secara tersirat dalam lagu-lagu dari Barat? Jika dibaca dan diamati sesebuah lirik lagu dari Barat, kita sudah jelas dengan maksud tersembunyi. Ramai yang tahu maksud tersirat dalam lagu Umbrella yang dinyanyikan Rihanna, itu hanya maksud secara terus yang mempunyai maksud sublime. Teknik yang digunakan pencipta lagu untuk Rihanna hanya di peringkat darjah satu. Malah, banyak lagi lagu-lagu yang mempunyai maksud sublime dan hanya difahami oleh sesetengah orang. Lagu-lagu itu dilafazkan dengan ayat-ayat terang dan nyata.

Tapi bagaimana pula dengan maksud tersembunyi yang benar-benar tersembunyi? Perkataannya dilafazkan secara sangat tersembunyi. Lain disebut, lain pula maksudnya jika diterbalikkan sebutannya. Teknik ini bukan di tahap darjah satu, tetapi tinggi sedikit.

Backward masking ialah teknik menterbalikkan sesuatu perkataan supaya menjadi satu perkataan lain yang tersembunyi. Teknik ini banyak digunakan dalam amalan sihir sejak zaman pagan tegar di Barat dan terus diamalkan sehingga kini. Contohnya perkataan ‘mouth’ jika diterbalikkan menjadi ‘hartoum’ mengikut kaedah reversal Wicca, bunyinya sama dengan nama sebuah tempat iaitu ‘Khartoum’ yang terletak di Lembah Tigris dan Euphrates. Itu hanya contoh.

read more



Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya. Mahu percaya atau tidak, bumi pasti akan musnah. Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid/surau yang tegar, akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini. Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya. Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan, sesuai dengan apa yang dijadualkan. Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?

Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi, terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan, menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat! Apakah tanda-tanda itu?

Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya. Mahu percaya atau tidak, bumi pasti akan musnah. Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid/surau yang tegar, akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini. Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya. Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan, sesuai dengan apa yang dijadualkan. Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?

Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi, terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan, menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat! Apakah tanda-tanda itu?

Sedar tidak sedar, para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya 'End Game'. JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer. Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame, maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta.

Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu, pergerakan bintang-bintang dan planet, nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir. Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka, Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer). Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit.

Para Elit ini kini menguasai pelbagai industri dari pembuatan makanan hinggalah kepada pembuatan jentera berat. Media, pendidikan, hiburan dan telekomunikasi juga dikuasai oleh mereka. Namun ini adalah asas kepada usaha mereka untuk menguasai dunia. Ketika para goyyim (manusia biasa yang tidak tahu apa-apa atau tidak mahu ambil tahu) hidup dalam dunia mereka sendiri, ada sekelompok manusia yang benar-benar merancang untuk menguasai dunia. Mereka merancang satu demi satu strategi untuk menguasai dunia secara perlahan-lahan.

'One World Government'(OWG) adalah istilah yang merujuk satu sub-operasi mereka yang terpenting di bawah 'New World Order'. Sebelum mewujudkan OWG, terlebih dahulu perlu untuk mewujudkan TIGA paksi terbesar yang akan mendokong cita-cita OWG.

1 - Kuasa Tentera
2 - Kuasa Ekonomi
3 - Kuasa Politik

Kuasa Tentera boleh berkait rapat dengan politik namun tidak semua tujuan politik boleh dibereskan dengan kuasa tentera. Adakalanya cara kekerasan tidak perlu, jadi strategi politik boleh dimanipulasi untuk tujuan menguasai sesuatu negara. Kuasa Ekonomi merangkumi semua jentera ekonomi, empayar industri dan koridor-koridornya. Media, pembuatan, perkhidmatan dan pemasaran berserta nilai-nilai komersilnya adalah termasuk dalam aktiviti ekonomi. Bank, pasaran saham dan naik turun harga komoditi juga adalah paksi Kuasa Ekonomi. Jadi tiga Kuasa ini perlu dikuasai sebelum benar-benar mampu mewujudkan apa yang dinamakan 'One World Government'.



Jika dahulu imperialisme menggunakan Kuasa Tentera, namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain iaitu melalui siasah politik. Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera ialah cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik The Hidden Hand. Sebab itu selepas imperialisme, HUKUM ALLAH YANG TERANG-TERANG TERMAKTUB DI DALAM ALQURAN tidak popular di kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara.

Menghalang Pelaksanaan Hukum Allah

Jangan cakap negara-negara Arab, di sini, di negara kita juga, Hukum Allah Azza Wa Jalla bagaikan tisu tandas yang dilapkan dipunggung kemudian dicampakkan ke tong sampah. Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak ,nanti dia akan ditanya satu-persatu, sehelai demi sehelai, apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran. Bukan sahaja pemimpin, malah rakyat juga, APAKAH KITA SEBAGAI KELOMPOK PERTAMA YANG ADA USAHA WALAUPUN SEDIKIT, UNTUK MEMASTIKAN HUKUM ALLAH BERDAULAT DI ATAS MUKA BUMI? ATAU ADAKAH KITA KELOMPOK KE DUA YANG SEBENARNYA BERSEKONGKOL BERSAMA MEREKA-MEREKA YANG BERCITA-CITA UNTUK MENJAHANAMKAN HUKUM ALLAH DAN YANG AKHIRNYA BERSAMA-SAMA MEREKA BERSUKA RIA DAN BERSENDA GURAU DI NERAKA JAHANAM KELAK? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan... kita berada pada kelompok mana, yang pertama atau yang kedua?

Hiburan

Strategi The Hidden Hand ialah, jika sesebuah negara dihalang untuk menjalankan Hukum Allah, maka amat senang bagi mereka untuk memasang (install) ideologi-ideologi sekularisme dan gaya hidup hippies yang gemar berhibur 24 jam. Setiap negara (Islam terutamanya) akan dipaksa mengikut 'standard' yang digunapakai oleh mereka. Sesiapa yang cuba untuk 'reinstall' kembali Hukum Allah ke dalam sistem perundangan, maka akan diganggu dan diancam. Pemimpinnya akan dipanggil untuk diadakan perbincangan tertutup. Di dalam perbincangan itu (selalunya diiklankan sebagai 'dialog' atau 'lawatan'), pemimpin yang disyaki cuba untuk melaksanakan Hukum Allah akan diberi kata dua.

Agen-Agen

Sesebuah negara akan disumbatkan dengan ejen-ejen The Hidden Hand untuk melaporkan suasana politik atau sosial kepada proksi-proksi The Antichrist. Dalam kes ini yang paling terkenal ialah 'ejen CIA'. Mereka amat bijak dan berperawakan menarik. Mereka adakalanya amat fasih bercakap dalam bahasa tempatan (mereka terpaksa belajar).

Namun amat bagus jika ejen-ejen ini di kalangan rakyat tempatan. 'Ejen CIA' dikalangan rakyat tempatan adalah manusia yang amat tidak boleh dipercayai. Mereka telah ditawarkan habuan yang amat banyak, dan jika apa-apa terjadi kepada mereka atau rahsia mereka terbongkar, maka mereka akan disokong untuk lari keluar negara.

Apabila negara musnah akibat perbuatannya, maka dia akan angkat kaki segera dengan disediakan tempat tinggal dan elaun sara hidup di luar negara. Dia tidak peduli apakah anak bangsa atau agamanya akan dikeroyok oleh musuh-musuh mereka. Yang penting ialah perut dan nafsunya semata-mata. Ini adalah modus operandi biasa The Hidden Hand ke atas ejen-ejennya.

Jika ejen-ejen ini mampu menyelinap ke dalam pentadbiran negara sebagai salah satu pemimpin, MAKA INI ADALAH BONUS BESAR bagi proksi-proksi The Elite yang menjadi hamba kepada The Hidden Hand.Ejen ini akan disokong dan dibantu bagi menjayakan cita-cita politik mereka. Kejayaan politik mereka adalah kejayaan politik bagi The Hidden Hand.

Idealogi dan Pendidikan Kuffar

Satu lagi strategi The Hidden Hand ialah setiap pemimpin negara mesti menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara bagi memastikan mereka didoktrinkan secara senyap sebagai boneka mereka. Tanya diri sendiri, berapa kerat pemimpin negara yang menghantar anak-anak mereka belajar di Maahad Tahfiz atau belajar perundangan Islam?

Anak-anak pemimpin negara dipastikan supaya mengikut gaya hidup Barat, mengabaikan solat lima waktu dan bersosial sehabis-habisnya. Arak adalah minuman kelas pertama yang harus dihidangkan kepada mereka. Biarlah mereka menghirup keenakkan air kencing syaitan itu supaya mereka mampu didoktrin menjadi tentera-tentera syaitan melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla.

Akhirnya apabila bapa mereka berundur, mereka pula akan mewarisi karakter bapa mereka tanpa mahu disuruh-suruh lagi. Ini adalah PUTARAN GANAS sistem karakter Dajjal The Antichrist ke atas hegemoni bonekanya supaya Hukum Allah kekal tidak mampu dilaksanakan oleh manusia di Bumi. Sukar untuk keluar dari Putaran Ganas Sistem boneka Dajjal ini, kecuali yang terpilih mendapat hidayah Allah, namun ramai di antara mereka memilih untuk hidup di dalam Putaran Ganas Sistem supaya mampu memenuhkan nafsu selagi hidup di dunia walaupun di akhirat untung nasib mereka benar-benar berisiko tinggi.



Media

Salah satu instrument yang amat penting bagi The Hidden Hand ialah media. Televisyen adalah perkakasnya yang sudah teruji kehebatannya sebagai alat 'mind contol' paling hebat sepanjang zaman. Setiap rumah tidak boleh tidak pasti ada perkakas 'mata' Dajal ini.

Tahukah anda?, di samping propaganda-propaganda sedar yang ditayangkan di televisyen, sebenarnya terdapat gelombang-gelombang bawah sedar yang turut dipancarkan sama ketika menonton televisyen. Frekuensi gelombang televisyen disetkan pada kadar tertentu supaya mampu menghantar mesej bawah sedar ke dalam minda manusia.

Apabila sekelompok manusia menonton televisyen setiap hari, maka mereka telah di'brainwash' berkali-kali. Namun ini memakan masa panjang. Inilah sebab mengapa semakin lama semakin degil manusia-manusia goyyim ini mahu menerima Hukum Tuhan sebagai undang-undang yang mengawal dan melindungi manusia.

Satu 'clue' dalam program 'mind control' melalui televisyen ialah dalam filem Batman Forever di mana watak The Riddler lakonan Jim Carrey dalam satu adegannya telah mencipta satu alat seakan televisyen yang digunakan untuk mengawal minda manusia dan menyedut 'IQ' mereka. Ini adalah pembayangnya, di mana sebenarnya ia benar-benar berlaku di Amerika. Eksperimen telah dijalankan di Amerika lewat Perang Dunia Kedua, di mana sebelum frekuensi televisyen benar-benar dapat ditetapkan, para saintis mereka telah pun menemui bahawa jika sesuatu mesej disampaikan pada frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi minda manusia,maka maksud mesej itu mampu dicerna kedalam fikiran! Terdapat satu eksperimen rahsia dimana frekuensi telah dipancarkan ke satu bandar dengan mesej-mesej pembunuhan. Akibatnya statistik pembunuhan telah meningkat dengan drastik. Namun cara kawalan minda secara frekuensi ini tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah kerana Allah melindungi orang yang selalu mengingatinya.


Firman Allah:



“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)


Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya, namun dengan gaya baru yang lebih maju. Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq. Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah 'Khurasan' yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi.

Ini wilayah 'blacklist' yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujaddid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini. Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini, supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam kononnya akan melalui wilayah ini, mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar 'air-strike' atau peluru berpandu. Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.

Sifat 'aku...aku, kau..kau' (Sendiri mau ingat)

Namun negara-negara lain seperti Arab Saudi misalnya, para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand. Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel. INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MIND CONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.

Syarikat Konsultan dan Perniagaan

Untuk memastikan bahawa program OWG berkesan dan berjalan lebih lancar, kini The Hidden Hand telah bergerak lebih efektif dengan menubuhkan syarikat-syarikat konsultan dalam perencanaan pentadbiran, sistem elektronik atau ekonomi. Syarikat-syarikat konsultan ini bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara yang menggunakan khidmat mereka. Dalam bidang ekonomi misalnya, badan-badan ekonomi seperti Bank Dunia dan IMF adalah instrumen Dajjal bagi memaksa ekonomi dunia mengikut telunjuk mereka.

Semua ini adalah anak-cucu kepada Federal Reserve yang amat-amat berjaya di Amerika. Federal Reserve bukanlah badan ekonomi milik kerajaan Amerika,TETAPI KEPUNYAAN PENCACAI DAJJAL THE ANTICHRIST PALING DISAYANGI iaitu The House of Rothschild. Semua polisi kewangan Amerika dan matawang Dollar Amerika adalah di bawah telunjuk Rothschild.

"Biar aku keluar dan menguasai wang negara-negara dan aku tidak memperdulikan siapa sahaja yang menulis undang-undangnya" - Mayer Amschel Rothschild

"Ajar rakyat Amerika yang angkuh itu dan jajah mereka semula." - Nathan Mayer Rothschild

Kini rakyat Amerika diperhambakan melalui ekonomi. Kita lihat dari segi zahirnya mereka banyak duit dan mewah namun kekayaan mereka itu adalah kosong dan ditentukan oleh The Hidden Hand. Kekayaan mereka hanyalah disandarkan kepada kertas-kertas dolar yang tidak bernilai. Apabila aliran ekonomi mengalami 'crash', merekalah yang terlebih dahulu menerima tempiasnya berbanding Pak Kassim yang menanam ubi keledek di belakang rumah. Simpanan mereka beribu-ribu di bank, namun apabila pasaran saham bertukar negatif, simpanan mereka bukan sahaja habis malah menjadi teramat negatif pula, menjana hutang berjuta-juta!



Sebab itu gaya hidup mereka, apabila mewah teramat mewah, namun sekali jatuh, mereka akan jatuh sejatuh-jatuhnya kerana sistem kewangan atau ekonomi tajaan Dajal bersifat tidak stabil dan sememangnya dirancang sebegitu. Mengapa? Kerana mudah mereka untuk menjalankan strategi P A N I C dan 'Ordo Ab Chao'.

Bayangkan semua urusan perbankan dan ekonomi kita dikawal oleh satu syarikat swasta.Inilah yang berlaku di Amerika dan Eropah.

Bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain? Sistem data atau rangkaian juga telah diserahkan kepada syarikat-syarkat konsultan dari Israel-Amerika. Anda pernah dengar tentang sistem maklumat yang digunakan dalam institusi keselamatan negara ini, telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel? Jadi tujuannya adalah untuk menyimpan maklumat rakyat negara ini bagi kegunaan PENGECAMAN. Ramalan dari AlQuran dan Hadis semakin lama semakin terbukti, dan The Hidden Hand semakin terdesak untuk menyumbatkan segala strateginya di sini dan lain-lain kawasan di dunia sebelum mentari muncul di ufuk barat.

Bagaimana dengan dana kempen sesuatu parti politik? Pentadbiran Malaysia pernah meminta dana kempen politik dari sumber Amerika-Israel yang dirahsiakan walaupun surat mengenainya kononnya tersebar. Amerika sebenarnya telah lama membiayai kempen-kempen politik para bonekanya di Timur Tengah dan Pakistan. Amerika juga membiayai satu pertubuhan yang bergerak untuk menjaga demokrasi ala Amerika tetap tertegak di Bumi.Bagaimana dengan sebuah parti politik pecahan UMNO, yang juga mendapat bantuan The Hidden Hand?



Timur Tengah dan Pakistan adalah medan permainan yang membosankan bagi Amerika dan Israel. Semua misi-misi OWG telah berjaya walaupun mereka hanya bermain sebelah mata sahaja. Kini perhatian tertumpu kepada rantau sebelah sini. Negara-negara majoriti Islam di Asia Tenggara perlu ditundukkan supaya mematuhi ibupejabat OWG. Kaji apakah yang dibisikkan kepada Gus Dur (Allahyarham) oleh proksi-proksi Dajjal ketika beliau naik memerintah Indonesia satu ketika dahulu. Gus Dur adalah pemimpin kepada sebuah organasasi Islam yang besar dan adalah penting untuk mengawal beliau. Maka keluarlah kempen Islam Liberal antara yang terbesar dalam sejarah Indonesia sepanjang pemerintahannya. Bagaimana dengan 1Indonesia?

Mari kita lihat permainan catur The Hidden Hand di sini. Parti pemerintah telah dibiayai oleh satu entiti luar yang ada kaitan dengan Israel-Amerika. Sudah sekian lama kempen-kempen politik ditaja mereka secara senyap. Namun kini, sebuah parti politik pecahan parti pemerintah juga mendapat pembiayaan The Hidden Hand. Kedua-duanya adalah proksi mereka walaupun pada zahirnya bertentangan. Sebab itu pemimpin parti pecahan itu tahu tentang APCO, kerana ia adalah permainan parti pemerintah sekian lama. Mengapa ini terjadi dan apakah permainan The Hidden Hand kali ini?

SEMUANYA ADALAH UNTUK MENJALANKAN 'DIVIDE AND RULE' KE ATAS UNDI UMAT ISLAM KHASNYA MELAYU. Hanya satu jalan untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia yang majoritinya Melayu Islam. PECAHKAN UNDI MEREKA!

Setiap misi mereka, akan dibayar oleh bos-bos mereka. Namun adakalanya semua ini bukan lahir dari dalam hati mereka tetapi setelah diugut dan ditawarkan pelbagai janji dan kekayaan, maka iman pun terjelepuk di tapak kaki proksi The Antichrist.

Penubuhan parti baru dari pecahan parti pemerintah adalah taktik untuk menubuhkan vakum bahaya untuk satu parti berorientasikan agama. Kini parti ini tersepit di celah-celah Melayu Sekular dan 'Racist-Socialist'. Perjuangan suci mereka terperangkap dalam vakum politik yang disediakan khas untuk mereka.Ini akan mengelirukan para pemimpin dan penyokong mereka.

Jadi kedua-duanya adalah rancangan proksi The Hidden Hand untuk mewujudkan pelan 'One World Government' bagi negara ini,sepertimana pelan asal 1Israel. Jadi kini para Sekular tidak lagi berdepan dengan topik paling membahayakan dalam pertempuran kerajaan-pembangkang iaitu AGAMA. Kini para Sekular hanya berdepan dengan bayang-bayang Sekular yang memayungi golongan Rasis-Sosialis dan Agama. Para Sekular hanya bermain tahi dan lumpur sendiri. Kes yang paling terkenal adalah kisah Zahid Ibrahim. Kisah beliau dengan araknya adalah mukaddimah kepada amalan hidup para Elit Melayu yang menjadi 'ruling class' Malaysia.

Setiap negara akan memakai khidmat proksi-proksi Dajjal untuk mewujudkan sub-sub OWG di negara masing-masing. Khidmat nasihat dan pembiayaan diberikan, asalkan negara-negara dunia mengikut arahan mereka. INI ADALAH IMPERIALISME ORDER BARU. Kemudian setiap negara ada konsep 1Negara.Contohnya 1Amerika,1Thailand,1Indonesia,1Israel,1Malaysia....

Semuanya mengikut telunjuk si 'Mata Satu' 1Seeing-Eyes... 1World Government.

Fikir-fikirkan

read more



Secret Hanshake of the FreemasonThe grip of the handshake of the apprentice has meaning as well. He must press his thumb against the joint of the first knuckle of the mason he is greeting, and this is reciprocated by that Mason as well. This grip is called Boaz. It partakes in one of the initiation or rituals that the Masons are said to conduct.
There are many other variations and meanings to other handshakes as was mentioned in accordance to the varying degrees within the Fraternity. As with many things that the Masons do, it would seem that it is of a symbolic nature depicting the responsibilities of the Mason instigating the handshake at the time. It would seem that these gestures could be recognized by a fellow Mason. There has been speculation that some of the current world leaders have used these handshakes on occasion in public where it has been picked up by the media. Being as some of the symbolizing that is used could be innocently used in common society gestures it would be difficult to reach this particular conclusion.

read more



game ni menunjukkan gambar firaun....

entah macam mane ada dalam game..sesungguhnya diorang tidak akan redha dengan islam...

read more



kalian sudah sedia maklum yang kita berada diambang kiamat..rata-rata masih tidak menyedarinya...
apa yang saya ingin sampaikan ini telah lama terjadi..sekadar flasfback semula..

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.Pada 30 Julai 2003, para ahli kaji bintang mendapati Marikh bergerak perlahan dan kerap berpatah balik secara berulang kali sebelum berhenti, dan pada 28 Ogos 2003, didapati Marikh bergerak semula tetapi peredarannya terbalik.Ini menunjukkan bahawa matahari terbit dari sebelah barat planet Marikh dan terbenam di sebelah timur.Ahli kaji bintang menegaskan bahawa fenomena ini juga akan berlaku ke atas planet Bumi dalam jangka waktu yang terdekat. Bermakna Hari Qiamat sudah terlampau dekat.NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat! Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.Hasil dari kajian sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

read more




Ratusan ribu jemmah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah kitab al-Quran tiba-tiba melekat pada pintu Kaabah. Peristiwa sungguh mengejutkan itu membuatkan ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa aneh itu menangis. Keadaan di MasjidilHaram ketika itu menjadi gempar dan kecoh.

jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran kepada kita yang beriman kepada Allah s.w.t..
sesungguhnya tiada satu perkara pun yang mustahil kepada Allah s.w.t

read more




adakah ini yang dikatakan sebagai dajjal??
waalahua'lam..
gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata...

Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya.

Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal.

Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;
A. Gambaran paling kolot !
Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah-rumah.
B. Gambaran kolot !
Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.
Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;

A. Penyelesaian paling kolot !
“Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi“
“Aku akan make sure tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
“Aku akan make sure tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal tu rabun, xleh nampak mane aku sorok"

B. Penyelesaian kolot !
“Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku angguk jela. Layankan je. Tapi hati aku tetap mengaku Allah Tuhan yang Maha Esa."
“Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut je. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku mesti cari peluang bunuh dia.”

Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat dituliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.

Ini secara tak langsung menjadikan Dajjal ini berhubung dengan manusia secara terus, yang mana jika difikirkan dengan logik akal, manusia dikuasai mindanya secara direct oleh Dajjal!Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 % golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan.

Sebagai contoh, band Cradle of Filth yang banyak menerapkan unsur-unsur pemujaan terhadap Raja Syaitan, Lucifer. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai benteng tersendiri iaitu agama masing-masing sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.Ingatlah wahai saudara-saudara sekalian, bagi kami (WnH), raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila.

Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya.Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.Kesimpulannya, kita harus peka dengan keadaan sekeliling. Mana tahu mungkin jiran sebelah rumah kita yang baru pindah itu, berbaik-baik dengan kita kemudian menyebarkan fitnah sana sini, ialah jelmaan Dajjal?

p/s : Segala apa yang disampaikan oleh merupakan teori yang diperbuat berlandaskan kajian terhadap keadaan yang terjadi sekarang dan tidak lupa juga kepada hadis-hadis yang sahih. Adalah digalakkan sekiranya artikel ini dikongsi beramai-ramai dan diperluaskan infonya....

read more



mintak maaf neh..bukan berpolitik nih...

sy terjumpa bende ni tadi!!!!!!!!!!
nampak tak...tu nama nabi muhammad!!!

adakah ini namanya islamic fashion festival???

ini dah mengalahkan fashion festival yang biase tuh..
adakah nama nabi muhammad boleh dihina sedemikian rupa..???
astarfirullah hala'zim...

penaung bagi festival ini adalah datin seri rosmah mansor..
adakah ini akhlak isteri pemimpin kita???

FIKIR-FIKIRKANLAH...

read more




*Maha Suci Allah Yang Memiliki Segala-galanya yang di Langit dan Di bumi......
-Benar,Allah SWT tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab.

Ini adalah antara organ yang terpenting dalam diri manusia.tanpanya kita tidak mungkin dapat berfikir,tidak mungkin dapat membezakan antara yang baik dan buruk,tidak dapat mengingati sesuatu.

Ini adalah organ yang paling 'mulia' pada diri seorang manusia!kerna ia terletak di tempat teratas sekali pada tubuh.Lihatlah "posisi" sebenar ia terletak,
-YA!!!! Sedang BERSUJUD!!!-

maha suci Allah...
fikirkanlah sebaik-baiknya

read more


Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan obelisk berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, LuxorPharaoh Ramses II, Luxor TemplePharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, LuxorPharaoh Senusret I, Heliopolis, CairoPharaoh Ramses III, Luxor MuseumPharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 mPharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 mPharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)8 di RomePiazza del Duomo, Catania (Sicily)Boboli Gardens (Florence)Urbino
Poland (1 buah)Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari gyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatras Needle”, di Victoria Embankment, LondonPharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of DurhamPharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, DorsetPharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatras Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history... (sumber BHonline)

read more